Siakap Keli

Tular Video Aksi Tak Senonoh Di Rumah Ibadat, Pelancong Buat Permohonan Maaf

Baru-baru ini, telah tular satu video mengenai sepasang pelancong dari Republik Czech yang didakwa telah mencemar kesucian sebuah rumah ibadat di Ubud, Bali.

Di dalam rakaman itu, pasangan tersebut telah bergurau dengan mengambil ‘air suci’ di sebuah kuil sebelum disapukan pada punggung wanita terbabit.

Kejadian berkenaan menjadi tular selepas wanita itu telah memuatnaik video tersebut di akaun Instagram-nya.

Ia kemudiannya telah dikongsikan di medium media sosial lain, dipercayai oleh pengikutnya sekaligus membuatkan orang ramai yang menontonnya berang.

Berikutan perkara itu, pasangan tersebut telah pun memuatnaik satu video permohonan maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kejadian itu.

“Kami minta maaf berkenaan video yang dikirimkan sebelum ini, kami tidak mencemari kuil dan air suci di Ubud. Kami sangat kesal dengan kejadian itu,” kata lelaki terbabit.

“Ya, kami tidak tahu bahawa ia adalah kuil dan air suci. Kami tidak mahu lakukan sebarang perkara kurang baik dan kami sangat berharap agar anda semua dapat memaafkan kami,” tambah pasangannya pula.

Kejadian ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua agar lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa, terutamanya di negara luar.

Sumber: Twitter, Asia One

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.