Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Law)

Dah Berusaha Tapi Masih Belum Berjaya, 5 Punca ‘Miskin’ Dari Diri Sendiri Yang Kita Tak Sedar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di samping mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan kesihatan tubuh badan, memiliki harta serta kekayaan pastinya menjadi impian setiap orang.

Namun, tidak semua yang diberikan rezeki dengan bentuk itu. Ada insan yang sudah berusaha keras, tetapi hasil yang diperolehinya masih tidak setimpal dengan apa yang dilakukan. Mungkin Tuhan memberi mereka rezeki dalam bentuk yang lain.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang mahu mengubah hidup, tetapi tidak mempunyai mentaliti atau sifat orang yang berjaya. Mungkin itulah yang cuba dikongsikan oleh laman FB Mazhair Shahroz Muhasip dalam kirimannya baru-baru ini.

DIRI KITA ADALAH PUNCA KITA MASIH MISKIN

Inilah 5 hal yang membuatkan kita masih miskin.

1. Banyak salahkan orang lain berbanding mencari kesalahan sendiri untuk diperbaiki.

2. Hidup asyik mengeluh. Tidak pernah berfikir untuk mencari solusi.

3. Duduk bergaul dengan hanya orang negatif. Mereka pantang jika ada orang positif dan tidak sekepala dengan mereka menjadi sebahagian daripada circle mereka.

4. Apabila ada orang lain memberikan solusi positif, kerjanya adalah mengkritik, mengecam dan mengentam solusi dan idea orang tersebut.

5. Salahkan takdir tanpa pernah berusaha.

Nota: Orang berjaya dan orang yang menjadi kaya adalah apabila mereka sendiri berusaha untuk memperbaiki taraf kewangan mereka tanpa mengharap pada orang lain.

Mereka fokus untuk tambah nilai dalam diri. Mereka tidak salahkan orang lain dan mereka tidak mengeluh. Mereka cekal dan tabah menghadapi apa juga cabaran dan rintangan yang mendatang.

Setelah sudah buat sehabis baik, mereka bertawakal. Inilah winner sebenar. Inilah orang berjaya. Inilah orang kaya.

#ELTY®

Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat sedikit sebanyak membuka mata kita semua untuk muhasabah diri serta memperbaiki kelemahan diri untuk memperoleh lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Sumber: FB Mazhair Shahroz Muhasip

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi