Siakap Keli

Dua Tahun Belajar Baru Boleh Sebut, Kenali Nama Tempat Terpanjang Di Dunia

Nama tempat merupakan elemen penting bagi sesuatu kawasan dengan mengambarkan suasana sebenar di kawasan tersebut. Kebiasaannya, nama sesuatu tempat itu diinspirasikan daripada peristiwa atau sejarah-sejarah lampau yang sangat bermakna.

Namun, lain pula bagi sebuah kawasan yang terletak di New Zealand ini di mana ia mempunyai nama tempat terpanjang di dunia. Tempat tersebut merupakan bukit berhampiran bandar Porangahau, selatan Waipukurau di selatan Hawke’s Bay, New Zealand.

Disebabkan namanya yang panjang, pelbagai cubaan untuk menyebutnya telah dilakukan dan ternyata ramai mengalami kesukaran. Walau bagaimanapun, ianya tidak menjadi masalah kepada penduduk setempat untuk menyebutnya kerana telah diajar dan dilatih menyebutnya dengan lancar.

Taumatawhakatangihangauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu

Menurut seorang pelajar sekolah di Porangahau, Lucy McCutcheon, dia mula belajar menyebut nama tempat tersebut seawal usia tujuh tahun. Ternyata, dirinya juga mengalami kesukaran pada peringkat awal dan mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk menyebutnya dengan lancar.

Bagi seorang guru yang mengajar di Sekolah Porangahau itu pula, dia juga mengalami kesukaran untuk menyebut nama tempat tersebut pada permulaannya. Namun, dengan menggunakan kaedah melagukan nama tersebut, ianya ternyata lebih mudah.

“Nama bandar hampir satu cerita dalam satu perkataan”

Nama tempat yang mempunyai lebih 80 huruf itu dikatakan hampir menyamai satu cerita kerana ianya terlalu panjang. Namun, setelah diterjemahkan makna nama tempat tersebut, ianya ternyata merupakan satu cerita mengenai seorang ketua dan penjelajah yang terkenal.

“Maka nama yang menunjukan bukit di mana Tamatea, ketua fizikal yang hebat dan terkenal, memainkan serulingnya bagi mengenang saudaranya”

Nama tempat ini datang dari kisah Tamatea yang melewati daerah Porangahau ketika terlibat di dalam satu pertempuran yang mengorbankan abangnya. Disebabkan berasa sangat sedih, Tamatea mengambil keputusan untuk tinggal di tempat itu bagi beberapa tempoh masa. Setiap pagi, dia akan duduk di atas bukit untuk merenung nasib abangnya dengan membunyikan Koauau, seruling Maori.

Sebuah papan tanda telah didirikan untuk menjadikan kawasan tersebut lebih menonjol dan ianya juga penting untuk dipamerkan kepada komuniti dunia.

Jadi, mampukah anda untuk menyebutnya dengan lancar?

Sumber: Stuff.co

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra