Siakap Keli
Foto: Twitter @JatIkhwan

Selain Nora Anne, Ini Satu Lagi Tragedi Menimpa Pelancong Asing Di Pulau Tioman Ramai Tak Tahu

Ketika artikel ini ditulis, negara kita baru sahaja dikejutkan dengan berita penemuan mayat Nora Anne Quoirin, 15 tahun selepas dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Nora Anne yang berasal dari Ireland tiba di negara ini bersama keluarganya dari London untuk bercuti selama dua minggu sebelum disedari hilang dari homestay The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan yang didiami mereka pada jam 8 pagi hari kejadian.

Dalam pada itu, kes ini telah membuatkan mengingatkan saudara Izzat Ikhwan yang merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia kepada satu lagi kes yang pernah menggemparkan negara beberapa tahun lalu.

Kes yang dimaksudkan ialah yang membabitkan penemuan mayat seorang warga Perancis yang ditemui mati dalam sebuah gua di Pulau Tioman pada tahun 2011.

Kredit: @JatIkhwan
*Ralat: Stephanie Moray > Stephanie Foray

Membawa kepada penahanan suspek utama 

Kredit: @JatIkhwan

Suspek membawa pihak polis ke sebuah gua di pulau itu

Kredit: @JatIkhwan

Polis menemui rangka tulang, tilam, bantal serta cebisan pakaian wanita

Kredit: @JatIkhwan

Suspek dakwa mangsa paksanya untuk terima sebagai penginap di homestay yang dimiliki

Kredit: @JatIkhwan

Mangsa didakwa mahu ditinggalkan secara bersendirian

Kredit: @JatIkhwan

Terdapat kesan darah di dinding milik mangsa 

Kredit: @JatIkhwan

Mayat hancur dan hanya tinggal tulang

Kredit: @JatIkhwan

Mangsa kemungkinan besar telah dirogol 

Kredit: @JatIkhwan

Pakar forensik tolak kemungkinan mangsa mati akibat penyakit

Kredit: @JatIkhwan

Suspek akhirnya dijatuhi hukuman mati dan rayuannya juga ditolak

Kredit: @JatIkhwan

Di akhir kirimannya, saudara Izzat Ikhwan turut mengingatkan orang ramai untuk fikirkan mengenai orang tersayang terutamanya ibu bapa sebelum melakukan sesuatu.

Tambahnya, ibu dan adik suspek sering datang semasa proses perbicaraan kes ini dan memeluk, mencium dan memegang tangan suspek.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua untuk lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang keputusan.

Tidak lupa juga, semoga seluruh keluarga Nora Anne tabah dengan ujian yang sedang dihadapi mereka dan jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat sepanjang kes ini.

Sumber: Twitter @JatIkhwan 

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen