Siakap Keli

Lagi Amaran Ribut Petir, Libatkan 9 Negeri Termasuk Kelantan Dan Terengganu Sampai Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan tujuh buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan serta Sabah dan Sarawak dan juga Labuan.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga pukul 4 pagi ini adalah Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan), Besut dan Hulu terengganu (Terengganu), Rompin (Pahang), Seremban dan Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Kuala langat, Hulu langat dan Sepang (Selangor).

Bagi kawasan Sabah dan Sarawak adalah Kapit, Miri, Limbang (Sarawak) dan Pantai barat, Sandakan, Kudat, Pedalaman Kuala Penyu (Sabah).

Dinasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan yang dinyatakan untuk lebih berhati-hati.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)