Siakap Keli

Ibu Trauma, Setahun ‘Benda’ Tumpang Dalam Patung Anak, Ikut Balik Dari Sarawak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak perempuan, anak patung merupakan permainan yang sangat digemari kerana membawa perwatakan yang sesuai dengan seorang gadis. Namun begitu, anak patung yang cukup sifatnya boleh menyebabkan ada sesuatu benda akan tertarik untuk ‘menumpang’ di dalamnya.

Situasi menyeramkan ini telah dikongsikan oleh seorang ibu yang mengalami sendiri dan mendakwa anak perempuannya telah berkawan dengan ‘benda’ yang menghuni patung kegemarannya.

Fikir balik mcm tak percaya apa yg brlaku. Mtk jauh dah la benda2 mcm ni. Lama dah hanna brkawan ngn benda dlm patung ni. From sarawak ikot balik kelantan . Allahu.. pesan sy, takyah la beli patung yg cukup sifat mcm ni. Sbb senang benda tak elok nak tumpang. Sebelum ni duk baca Story org len. Ni kena kat batang hidung sendiri. Sampai tahap Mama kena ganggu. Jauh betol benda ni merantau ikot mama hanna.. benda tu nk bgtaw dia tu ada, 
-tendang katil mama hanna
-tak dpt tido mcm ada yg memerhati
-uban putih melekat kat mama
-main bukak tutup pintu tandas
-bukak air Tp peg check air tak kuar pom.
-hanna tnjuk2 masa dlm toilet
-bunyi zrapp kat tepi telinga

Tp tetap positif lg. Arini pggil ustaz Sbb tak tahan sgt.. yaa benda menumpang dari sarawak yg tidak bertuan, ingin cari tuan..

Alhamdulillah kali ni Allah kuatkan semangat mama hanna nk lawan benda mcm ni. Tp skrg trauma lg. Tak dpt nk tido sorg .

Nak criter pnjg sgt.. so pesan sy tak payah ada la patung mcm ni. Kecian ank2..

Dgr criter mcm mmgarut kn. Tp tula hakikat kena kat diri sendiri

Tambahan lagi, wanita berkenaan mendakwa bahawa ‘benda’ yang menumpang tubuh badan anak patung milik anak perempuannya itu merupakan nenek kebayan yang mempunyai raut wajah beribu-ribu kedut. Selain itu, dia juga memberitahu bahawa kelakuan anaknya akan berubah sekiranya anak patung tersebut dipisahkan dengan dirinya.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan juga menasihati agar orang ramai tidak membeli patung yang mempunyai cukup sifat kerana mempunyai potensi untuk ‘benda’ menumpang di dalam tubuh anak patung tersebut.

Sumber: Puan Muda Nina Dyssabell

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra