Siakap Keli

Terkini : Punca Kematian Nora Anne Akhirnya Terjawab, PDRM Tampil Perjelaskan

Punca kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemukan mati pada Selasa selepas hilang ketika bercuti bersama keluarganya di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan akhirnya terjawab.

Hasil daripada bedah siasat yang dijalankan,  pihak polis mengesahkan bahawa punca kematian Nora Anne adalah disebabkan kebocoran usus mungkin akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama dan stres berpanjangan.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, hasil bedah siasat turut mendapati Nora Anne, telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai.

Mayat Nora Anne ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan tempat remaja anak istimewa itu dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya mendaftar masuk untuk percutian dua minggu dekat sini.

Proses bedah siasat mayat Nora Anne bermula 11.45 pagi semalam dan berlarutan sehingga malam tadi, diketuai pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

Tidak benar Nora Anne dirogol 

Telah meninggal dunia dua ke tiga hari lepas

Sumber : Bernama/Bernama News Channel

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.