Siakap Keli

Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi 14 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia dan luar Semanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan 14 kawasan utama yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan juga Sabah.

Kawasan yang dijangkakan terlibat bagi negeri-negeri di Semenanjung ialah (Perlis), Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda (Kedah), (Pulau Pinang), Kinta dan Kampar (Perak), (Kelantan), Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang (Terengganu), Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Rabu, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang), (Selangor), (WP Kuala Lumpur), (WP Putrajaya), Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol (Negeri Sembilan), Segamat, Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Manakala kawasan yang dijangka terjejas akibat ribut petir pula ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Sarawak), Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) (Sabah).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pulang daripada kerja pada petang ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra