Siakap Keli
Gambar Hiasan

10 Jemaah Haji Meninggal Di Tanah Suci – Mujahid

BESUT, 16 Ogos (Bernama) — Seramai 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadat haji sehingga kini, berbanding 42 orang pada musim haji tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dalam pada itu, katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia, antaranya menyarankan kepada mereka mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini, hari ini.

Musim haji kali ini telah pun berakhir dengan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka kembali ke tanah air pada Isnin.

Sementara itu program Town Hall itu yang disertai kira-kira 300 peserta termasuk pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diadakan bagi memberi taklimat dan menjelaskan dasar-dasar yang telah di persetujui oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)