Siakap Keli

“Bagi Saya Itu Tak Masuk Akal,” Datuk Persoal Punca Kematian Nora Anne

Pada petang semalam, kita dirungkaikan mengenai misteri kehilangan Nora Anne Quoirin yang akhirnya terjawab setelah mayatnya yang ditemui di kawasan air terjun dekat Gunung Berembun menjalani sesi bedah siasat.

Hasil siasatan, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop menyatakan bahawa Nora Anne telah meninggal dunia sekitar dua tiga hari sebelum mayatnya dijumpai. Punca kematian remaja berkenaan dilaporkan adalah disebabkan kebocoran usus, mungkin akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama serta tekanan yang berpanjangan.

Walau bagaimanapun, bagi pihak keluarga Nora Anne, mereka tidak menolak kemungkinan untuk melakukan siasatan jenayah terhadap nasib malang yang menimpa gadis tersebut.

Menurut peguam Perancis, Charles Morel, keluarga itu masih berada di dalam keadaan trauma atas kehilangan Nora Anna serta pandangan datuknya yang mengatakan bahawa masih ada ‘dark areas’ yang perlu diselesaikan. Tambahnya lagi, hasil siasatan pertama tidak boleh diterima dengan begitu sahaja tanpa siasatan susulan.

Kita harus berhati-hati dengan tafsiran hasil pertama autopsi.

Risikonya ialah jika anda mengecualikan hipotesis jenayah, terlalu awal untuk mengatakannya. Kami tidak mahu media mentafsirkan hasil pertama otopsi itu tidak termasuk hipotesis jenayah.

Di samping itu, datuk kepada gadis malang itu, Sylvain Quoirin memaklumkan kepada Irish Times bahawa masih terdapat persoalan yang belum terjawab dan perlu dirungkaikan supaya keluarga itu dapat menerimanya dengan lebih terbuka.

Bolehkah anda bayangkan dia berjalan 2.5km, dalam keadaan telanjang dan berkaki ayam di atas batu di tengah malam? Bagi saya, itu tidak masuk akal.

Kenyataan yang diberikan oleh datuk gadis ini juga disokong oleh Morel dengan mengatakan bahawa situasi tersebut sangat pelik sekiranya dia mampu pergi ke kawasan tersebut dengan sendirinya.

Bahkan tempat di mana dia ditemui, dua kilometer dari resort, sangat pelik bahawa dia boleh pergi ke sana sendiri secara bersendirian dan kita tidak boleh mengetepikan hipotesis jenayah.

Ahli keluarganya yang lain juga ada memaklumkan bahawa gadis itu tidak pernah melakukan perkara sedemikian pada percutian sebelum ini. Mereka juga turut menyatakan bahawa Nora yang dianggap sebagai ‘orang yang sangat istimewa’ tidak bebas untuk berjalan sejauh itu.

Sumber: Metro UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra