Siakap Keli

“Biar Saya Cium Kaki Ibu,” Pengasuh Merayu Kantoi Campur Ubat Tidur Dalam Susu Anak Majikan

Bagi sesetengah ibu bapa, mempunyai pengasuh kepada anak-anak mereka sudah pastinya dapat memudahkan pelbagai urusan harian terutamanya bagi mereka yang berkerja. Namun begitu, tanpa mereka sedari, terdapat banyak risiko yang perlu dihadapi berikutan pelbagai isu negatif melibatkan pengasuh.

Melalui satu kejadian yang semakin tular di media sosial, seorang pengasuh yang sangat dipercayai oleh majikannya telah memasukkan ubat tidur ke dalam susu bayi. Perbuatan itu disedari oleh majikannya setelah bayi mereka yang sedang tidur itu sukar untuk bangun walaupun diangkat.

Malam itu, suami saya suruh mengejutkan bayi kami, tetapi  tidak bangun juga walaupunn dicium, ditepuk-tepuk dan juga sampai diangkat.

Ibu tersebut yang merasakan hairan dengan keadaan berkenaan terus memeriksa susu yang diberikan kepada anaknya. Hasilnya, dia mendapati bahawa terdapat campuran ubat tidur di dalam minuman susu bayinya.

Saya periksa baki susu yang dibuat dan menciumnya sebelum mendapati terdapat bau anggur merah lalu saya bandingkan dengan susu yang saya buat.

Setelah disoal oleh pasangan ibu bapa ini, pengasuh wanita berkenaan mengakui bahawa dia telah meletakkan ubat tidur ke dalam susu bayi.  Berdasarkan pertanyaan yang diajukan, pengasuh itu menyatakan bahawa perbuatannya itu baru sahaja dilakukan selama tiga hari sebelum terbongkar.

Pengasuh berkenaan yang menangis teresak-esak mengakui berbuat sedemikian supaya bayi tersebut tidur dan memudahkannya melakukan kerja lain.

Biar saya cium kaki ibu.

Kalau orang lain, pasti sudah tiada peluang, pasti diseret.

Walaupun perbuatan itu dianggap sebagai sesuatu yang keterlaluan, namun majikannya mengambil keputusan untuk memaafkan pengasuh itu dan tidak akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Keputusan tersebut diambil kerana dia percaya bahawa perkara yang terjadi kepadanya ini merupakan ujian tuhan yang boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain.

 

Tambahnya lagi, dia juga yakin bahawa terdapat pembalasan tuhan terhadap perbuatan itu pada masa akan datang. Selain itu, besar harapannya agar kejadian yang menimpa dirinya itu dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain untuk lebih berhati-hati dengan setiap pengasuh yang diupah.

Sumber: febevierza912

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra