Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Guna Pencungkil Gigi Jika Makanan Tersekat, Ini Kesan Buruk Yang Korang Boleh Dapat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila makanan kegemaran kita tersangkut pada gigi pasti akan ada rasa stress, terus korang menggunakan pencungkil untuk mengeluarkan sisa makanan tersebut. Ada beberapa jenis makanan yang sering menyebabkan sisa mudah melekat pada gigi iaitu jagung, daging, roti dan juga sayuran seperti kangkung kerana teksturnya agak liat.

Tapi pernah tak terlintas dalam fikiran anda kesan menggunakan pencungkil gigi atau straw untuk menanggalkan sisa makanan yang terlekat pada celah gigi. Rata-rata doktor tidak menyarankan menggunakan pencungkil gigi.

Ini penjelasan daripada Doktor Izaza Mohd Zan di laman Facebooknya mengenai kesan buruk yang akan berlaku jika anda terus menggunakan pencungkil gigi jenis kayu ataupun plastik selepas makan.

1. Bahan-bahan yang digunakan untuk mencungkil agak keras dan menyebabkan kecederaan pada gigi dan juga gusi.

2. Jika anda kerap menggunakannya akan menyebabkan gigi terhakis dan kelamaan gigi akan menjadi nipis yang menyebabkan gigi mudah sensitif.

3. Memang kita tidak lihat lubang pada gigi yang dikenali sebagai abrasion cavity yang akan mudah rasa sensitif pada gigi.

Apa yang perlu lakukan jika gigi terhakis?

Anda boleh guna cara tampal, kalau ada hakisan yang sangat dalam atau boleh biarkan sahaja kalau hakisan tidak berapa dalam.

Selain itu, anda disarankan untuk mengunakan interdental brush atau floss untuk bersihkan celah gigi yang ada sisa makanan. Yang pasti jangan menggunakan kayu balak atau straw sekalipun.

Jadi, tepuk dada selera. Ia bergantung kepada perubahan yang kita lakukan untuk kehidupan seharian.

Sumber: Dr Izaza Mohd Zan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)