Siakap Keli

Kehilangan Nora Anne Buka Mata Ramai Pihak, Ini Cara Penjagaan Anak Istimewa Sewaktu Melancong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Misteri kehilangan Nora Anne Quoirin akhirnya terjawab apabila mayatnya di ditemui di cerun curam terletak tidak jauh dari kawasan air terjun dekat Gunung Berembun.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop, hasil bedah siasat mendapati bahawa Nora Annee telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai.

Mayat tersebut di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk proses bedah siasat.

Pihak polis juga telah mengesahkan tadi bahawa punca kematian remaja berusia 15 tahun ini adalah disebabkan kebocoran usus, mungkin akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama serta stres berpanjangan.

Menurut keluarganya, Nora mengalami masalah pembelajaran (learning difficulties) sejak beliau kecil. Ia adalah satu keadaan di mana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk memperolehi pengetahuan serta kemahiran. Nora juga mempunyai keterbatasan dalam komunikasi lisan dan tidak berkebolehan untuk menulis banyak perkataan.

Masalah ini adalah disebabkan oleh satu keadaan yang dialami oleh beliau yang dinamakan sebagai holoprosencephaly. Holoprosencephaly ini menyebabkan saiz otak Nora lebih kecil berbanding saiz otak yang normal.

Namun, dikatakan bahawa Nora tidak pernah keluar bersendirian sejak kecil atau berseorangan ketika melancong ke beberapa negara di Asia mahupun Eropah.

Oleh itu, jika anda adalah seorang penjaga atau ibu bapa yang mempunyai insan istimewa dibawah jagaan anda, anda mungkin perlu mengetahui beberapa langkah yang boleh membantu anda memantau mereka dengan lebih mudah.

Berikut adalah tips penjagaan kanak-kanak istimewa bagi ibu bapa yang ingin bersiar-siar atau melancong

[1] Bincang dengan doktor anak anda

Anda mungkin boleh mendapatkan beberapa tip atau nasihat daripada doktor jika anda ingin melancong bersama-sama anak anda. Doktor akan menyarankan kepada anda untuk membawa pek perubatan khusus untuk keperluan anak anda.

Pek perubatan tersebut mengandungi beberapa perkara penting seperti senarai preskripsi ubat-ubatan yang sedang diambil oleh anak istimewa anda.

Gambar Hiasan

Surat doktor berkenaan keadaan dan keperluan khas anak anda, nombor telefon beserta email doktor anak anda, cadangan doktor dan pakar yang boleh dihubungi di lokasi yang ingin dituju, selain kad atau nombor telefon insuran kesihatan.

Pastikan anda memeriksa polisi insuran sebelum anda memulakan perjalanan untuk memastikan anda tidak melanggar polisi insuran jika berada di luar negara.

[2] Bawa lebih barangan keperluan

Ingatlah bahawa anak istimewa anda memerlukan bukan sahaja lebih perhatian daripada anda, malah lebih keperluan berbanding anak anda yang lain.

Bawa pakaian yang lebih agar anda sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Begitu juga dengan barang-barang lain seperti ubat-ubatan dan mainan.

[3] Pembelian tiket penerbangan

Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk bercuti atau melancong dan memerlukan penerbangan ke lokasi yang ingin dituju, anda boleh menyatakan kepada agen tiket atau agen pelancongan anda berkenaan anak istimewa yang memerlukan perhatian khusus.

Gambar Hiasan

Minta kepada agen agar anda diletakkan di kerusi bahagian hadapan untuk memudahkan anak anda pergi ke tandas pesawat atau keluar dari pesawat. Perkara ini juga boleh dinyatakn jika anda bercuti dengan menggunakan pengangkutan awam lain seperti bas dan kereta api.

[4] Menunggu pesawat untuk pelepasan

Semasa anda sedang menunggu giliran anda untuk menaiki pesawat di pintu pelepasan, anda boleh meminta kru yang menjaga kaunter berkenaan untuk membenarkan anda dan anak anda memasuki pesawat terlebih dahulu berbanding penumpang lain.

Gambar Hiasan

Anda boleh jelaskan berkenaan keperluan khas anak istimewa anda untuk mengelakkan sebarang masalah berebut atau kesesakan bersama-sama dengan penumpang lain. Apabila anda telah mendapat tempat duduk anda, anda boleh memaklumkan kepada kru penerbangan yang berada di dalam pesawat berkenaan keberadaan anak istimewa anda.

Mereka akan berbesar hati untuk membantu keluarga anda dan memberikan keutamaan sepanjang anda berada di dalam pesawat.

[5] Sentiasa berada di sisi

Didalam sebarang kenderaan pengangkutan, ibu bapa perlu sentiasa berada di sisi anak anda. Cuba untuk berada di sebelah anak anda berbanding berada di hadapan atau belakang tempat duduk anak anda untuk memudahkan anda menguruskan mereka.

Anda tidak perlu kerap kali memusingkan kepala semata-mata untuk memastikan anak anda berada dalam keadaan yang baik.

[6] Sentiasa membawa beg kecil

Anda perlu sentiasa membawa beg kecil yang berisi barang-barang untuk keseronokan anak istimewa anda. Letakkan barang seperti iPad, buku mewarna, krayon, buku bacaan, snek, air dan mainan kecil kedalam beg untuk mengelakkan mereka menjadi bosan.

Gambar Hiasan

Letakkan beg ini di lantai tempat duduk anda dan ambilnya semula apabila anda memerlukannya untuk anak anda.

[7] Pilih bilik hotel atau rumah tumpangan yang bersesuaian

Jika anak istimewa anda mudah terganggu dengan sebarang bunyi bising atau bunyi yang agak kuat, anda disarankan untuk meminta bilik yang berada di hujung bangunan dan jauh dari lobi atau lif kerana keadaan bilik tersebut lebih senyap dan tenteram untuk ketenangan anak anda. Bilik seperti ini juga jauh daripada laluan keluar masuk tetamu lain dan lebih bersifat privasi.

Anak adalah anugerah dan hargai pemberian anugerah tersebut dengan sebaiknya. Penuhi keperluan anak anda terutama jika anda memiliki anak-anak istimewa kerana mereka sentiasa memerlukan keperluan dan perhatian yang lebih daripada anda.

Sumber: Hello DoktorĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.