Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lelaki Didakwa Meninggal Selepas Mengikuti Pertandingan Makan Taco

Seorang lelaki meninggal dunia sejurus selepas bersaing dalam pertandingan makan  taco di sebuah pertandingan baseball liga kecil di California.

Dana Hutchings asal Frenso meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital dari pertandingan makan, makanan orang asli Mexico itu. Sheriff Tony Botty memberitahu bahawa bedah siasat terhadap mayat Hutchings akan dijalankan untuk menentukan penyebab kematian. Sebabnya, tidak diketahui berapa banyak Taco yang telah dimakan.

Pertandingan ini diadakan di Taco Truck Throwdown dan merupakan pertandingan tahunan Fresno. Namun, pada Rabu lalu mereka mengumumkan bahawa pertandingan makan taco dibatalkan dan hanya digantikan dengan trak makanan dan hiburan muzik.

Matthew Boylan yang menyaksikan pertandingan itu berkata bahawa dia memerhati Hutchings kerana cara makannya yang cepat berbanding dengan 2 peserta yang lain.

Boylan berkata, “Dia kelihatan seperti tidak pernah makan, kerana dia terus menelan taco tanpa mengunyah.”

Boylan menambah bahawa, Hutchings kemudian pengsan dan jatuh selepas 7 minit, lalu pertandingan itu pun ditamatkan.

Peraduan makan yang kompetitif telah menjadi daya tarikan utama di festival dan acara-acara lain. Antara yang paling popular ialah pertandingan hot dog Nathan’s Famous July Fourth tahunan di Pulau Coney, New York.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart