Siakap Keli

Pakar Ramal Gempa Bumi Kuat Lebih 7 Skala Richter Mungkin Melanda Beberapa Tempat Hujung Minggu Ini

Gempa bumi berukuran lebih dari 7.0 pada skala Richter dijangka akan melanda beberapa bahagian dunia pada hari sabtu dan ahad ini. Menurut seorang penyelidik, Frank Hoogerbeets ada menyatakan kemuncak seismik berkemungkinan besar akan berlaku dari 14 hingga ke 18 Ogos yang berpotensi menghasilkan satu atau dua gempa berkekuatan 6 atau 7 pada skala Richter.

Sebuah agensi yang berpangkalan di UK melaporkan bahawa pengesan gempa bumi di California telah menemui sebanyak 64 gempa bumi sejak 24 jam lalu dan 475 dalam tempoh tujuh hari yang lalu.

Manakala sepanjang 30 hari yang lepas, 3,279 gegaran telah direkodkan di negeri Pantai Barat.

Menurut pengesan gempa bumi, lebih daripada 17,700 gempa bumi telah menggegar seluruh California. California yang terletak betul-betul di sempadan plat tektonik Amerika Utara dan Plat Pasifik.

Sumber: News NationĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)