Siakap Keli
Gambar: KPM

Pelajar Malaysia Cipta Rekod Pendaki Termuda Asia Tenggara Takluk Puncak Tertinggi Di Eropah

Hari ni, tular nama Sara Sofea di dinding media sosial apabila pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) mangangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa apabila berjaya menakluk puncak tertinggi benua Eropah, Gunung Elbrus, Russia, semalam.

Dikatakan bahawa remaja berkenaan bersama bapanya Muhammad Illaham Ishak yang merupakan Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA) serta seorang lagi  pelajar Universiti Putra Malaysia, (UPM), Muhammad Farhan Abdul Rahman sampai ke di puncak gunung setinggi 5,642 meter pada 4.25 petang.

Justeru, sebentar tadi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa kejayaan Sara Sofea itu turut mendapat peniktirafan daripada Preseiden Mountaineering, Rock Climbing & Sports Tourism, Federation Of Kabardino-Balkarian, Republic of Rusia, Abdul Halim Olimezov telah mengesahkan bahawa Sara merupakan pendaki termuda Malaysia dan Asia Terenggara berjaya menawan puncak tertinggi di Eropah.

Gambar: Kementerian Sumber Manusia
Gambar: Kementerian Sumber Manusia

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)