Siakap Keli
Gambar: mainichi

Ribut Tropika Jepun, 720 Penerbangan Dibatalkan, 580 Ribu Penduduk Diarah Keluar

Berikutan ribut tropika yang melanda rantau Shikoku di barat Jepun, beratus-ratus penerbangan dan perkhidmatan kereta api terpaksa dibatalkan pada hari Khamis, 15 Ogos.

Ribut Krosa yang membawa angin kencang dan hujan lebat merupakan satu takuk di bawah taufan yang sedang mengembang perlahan-lahan melalui bahagian darat daya Jepun. Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan telah cedera dan juga menyebabkan amaran tanah runtuh dan banjir.

Gambar: BBC

Boleh beri kesan kepada perjalanan di antara bandar utama

Ekoran keadaan cuaca buruk tersebut, sekurang-kurangnya 720 penerbangan domestik barat jepun telah dibatalkan. Selain itu, sejumlah besar perkhidmatan kereta api juga terganggu sehingga menyebabkan ramai pelancong yang terkandas. Bukan setakat itu sahaja, bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka juga tidak dapat diakses melalui perkhidmatan kereta api.

Gelombang ombak yang semakin meningkat juga menyebabkan feri yang menghubungkan pulau Shikoku selatan dan bahagian lain di Jepun terpaksa dibatalkan juga. Kesan daripada keadaan ini, ramai pelancong tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengamalkan tradisi untuk menghormati nenek moyang mereka.

Gambar: BBC

580,000 dinasihatkan untuk berpindah

Penduduk setempat yang berada di dalam laluan ribut telah dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. Pihak berkuasa juga menganggarkan lebih kurang 580,000 penduduk perlu keluar dari laluan ribut tersebut.

Berdasarkan laporan dari BBC News, dilaporkan ribut Krosa ini telah mengorbankan satu nyawa dan melibatkan 49 orang yang mengalami kecederaan. Kematian itu melibatkan seorang warga tua berusia 82 tahun di wilayah Hiroshima meninggal dunia selepas jatuh ke dalam laut pada pagi Khamis ketika dalam usaha mengikat bot di tengah angin kencang.

Walau bagaimanapun, ribut tersebut menunjukkan pengurangan sejak awal minggu ini kerana terhenti di Lautan Pasifik. Namun begitu, Krosa dijangka akan bergerak ke utara iaitu ke arah Laut Jepun selepas ini.

Sumber: Mothership, BBC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra