Siakap Keli
Gambar: Bernama News Channel (BNC)

Tanah Runtuh: Dua Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang Di Ranau

KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) — Dua kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baha Jalan Marakau Ranau, malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, tanah runtuh berlaku bersebelahan sebuah rumah di kampung itu menyebabkan pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal yang berada di garaj.

Balai Bomba dan Penyelamat Ranau menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 malam dan lokasi kejadian terletak 10 kilometer dari balai, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, operasi pemotongan dan mengalihkan pokok berjaya dijalankan.

Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan pasukan Bomba turut membuat pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan kawasan itu selamat sepenuhnya.

Operasi terkawal pada jam 9.55 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 10.55 malam.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa