Siakap Keli

Terkini: Empat Terbunuh Dalam Letupan Masjid Setelah Selesai Solat Jumaat

Terkini, dilaporkan sekurang-kurangnya empat orang telah terkorban dan 15 cedera dalam  insiden letupan di dalam sebuah masjid di daerah Quetta Kuchlak, Pakistan hari ini.

Siasatan awal polis mendapati bahawa letupan itu berpunca dari alat letupan (IED) yang ditanam di dalam masjid.

Gambar: News Nation

Menurut polis, mangsa yang cedera telah dibawa hospital berdekatan untuk rawatan. Buat masa ini, kawasan berkenaan sudah dikepung dan skuad pelupusan bom telah diminta untuk datang ke sana.

Gambar: News Nation

Sumber: News Nation & Geo TV

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)