Siakap Keli

Tular Maklumat Palsu, Tabung Haji Tampil Menafikan

Tular di media sosial perkongsian beberapa peraturan baru yang dikenakan untuk pendaftaran haji. Antaranya adalah seperti  had umur mendaftar yang bermula dari umur 25 tahun dan ke atas serta jumlah minimum simpanan untuk daftar haji sebanyak RM5,000.

Malah, perkongsian tersebut turut menggesa orang ramai terutamanya ibu bapa mendaftarkan haji kepada anak-anak mereka dengan kadar segera sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Tampil memberi penjelasan, Tabung Haji dalam satu status yang dimuat naik melalui Twitter rasmi mereka, menafikan perkara tersebut yang dianggap sebagai palsu dan tidak benar sama sekali.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan, diminta untuk terus menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-6207 1919.

Sumber : Tabung Haji Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra