Siakap Keli

Tular Patung Askar Jepun, Pihak Majlis Daerah Kerian Tampil Beri Kenyataan

Semalam tular tentang sekeping gambar yang dipercayai diambil di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Kerian, Perak. Dalam gambar berkenaan, kelihatan sebuah pondok kecil yang dihiasi dengan bendera Jalur Gemilang serta pelbagai perhiasan lain.

Namun yang menjadi perhatian adalah patung askar Jepun yang diletakkan di hadapan pondok terbabit. Justeru, ia menjadi bualan netizen di media sosial yang lantas menimbulkan pelbagai spekulasi.

Jadi untuk mengelakkan sebarang salah faham orang ramai, pihak Majlis Daerah Kerian telah mengeluarkan satu kenyataan media di laman Facebooknya.

Dimaklumkan susulan kenyataan beberapa pihak di laman sosial yang tular baru-baru ini bahawa terdapat patung askar Jepun di perkarangan Wisma MDK. Patung berkenaan adalah sebagai gimik era sebelum merdeka zaman tentera Jepun.

Sehubungan dengan itu, replika tersebut ada penceritaannya tersendiri. Kebetulan pihak tertentu telah menggunakan gambar tersebut yang belum siap sepenuhnya telah dijadikan isu sensitif kepada rakyat Malaysia terutamanya penduduk Daerah Kerian tanpa mengetahui asal-usul penceritaan tersebut dan menularkannya di laman sosial.

Kenyataan ini dibuat bagi menafikan fahaman negatif yang bermain di minda penduduk setempat. Bukan niat Majlis Daerah Kerian untuk mengagungkan tentera Jepun. Majlis Daerah Kerian juga meminta supaya pihak berkenaan supaya berhenti menular perkara yang tidak tepat ini. Sekian, terima kasih.

Sumber: Majlis Daerah Kerian 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)