Siakap Keli
Foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Tular Video Kejadian Pemandu E-Hailing Didakwa Kena Samun, Diserang Penjenayah

Beberapa hari yang lalu, tular satu video yang menunjukkan rakaman cubaan curi motorsikal milik penunggang perkhidmatan penghantaran makanan.

Terbaru, satu lagi kejadian hampir sama, juga didakwa melibatkan pemandu perkhidmatan e-hailing dilaporkan berlaku di Jalan Masai, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki, dikatakan pemandu e-hailing sedang berada di dalam kereta Toyota Vios miliknya sebelum dihampiri oleh sebuah kereta jenis Proton Waja.

Foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Dua orang lelaki kemudiannya keluar dari Proton Waja berkenaan sebelum mula menghampiri mangsa untuk menyerangnya. Kedua-dua penyerang dilihat memegang senjata dipercayai parang.

Risau dicederakan, mangsa dilihat tidak cuba melawan dan membiarkan sahaja suspek menggeledah keretanya dan melarikan semua barangan peribadinya termasuk dua buah telefon pintar.

Foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian ini berjaya diperolehi. Diharapkan saksi kejadian dapat tampil ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.