Siakap Keli
Foto: NY Times/China Daily

(Video)Ada Sinar Selepas Bencana, Penduduk Berkumpul Kutip Ribuan Tiram Terdampar Tepi Pantai

Seperti yang kita ketahui, beberapa buah negara telah menerima kesan daripada bencana ribut taufan Lekima, termasuklah Malaysia.

Namun, negara yang paling teruk ‘dihentam’ ribut taufan berkenaan tentunya China. Insiden tersebut telah menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan termasuk kepada tempat tinggal.

Akan tetapi, reda sahaja ribut taufan tersebut, rakyat di Shandong, China telah dikurniakan rezeki yang tidak dijangka apabila lambakan tiram terdampar di tepi pantai di sana.

Menariknya, tiram adalah salah satu daripada makanan kegemaran masyarakat di sana dan mereka tidak melepaskan peluang untuk mengutip tiram-tiram berkenaan.

Malah, ada di antara mereka yang membawa pulang berbaldi-baldi tiram untuk dinikmati di rumah.

Dalam pada itu, menurut laman Shangaiist, kegilaan rakyat China terhadap tiram ini telah dibuktikan apabila mereka menawarkan bantuan kepada Denmark ketika mereka menghadapi masalah lambakan tiram pada 2017 dengan memakannya.

Sumber: SCMP, Shanghaiist

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.