Siakap Keli

Ini ‘Rahsia’ Dapatkan ‘Password’ Wifi Di Ratusan Airport Seluruh Dunia

Kemudahan internet terhadap kehidupan manusia dapat memudahkan pelbagai urusan terutamanya untuk tujuan berhubung antara satu sama lain. Selain internet daripada pelan prabayar anda sendiri, kemudahan sambungan internet tanpa wayar (Wi-Fi) juga boleh dinikmati secara percuma dikebanyakan tempat awam seperti di lapangan kapal terbang.

Kemudahan ini sangat penting kerana tidak semua pelancong mempunyai talian internet antarabangsa untuk berhubung dengan ‘dunia luar’. Kebanyakan kemudahan Wi-Fi memerlukan kata laluan untuk anda mengaksesnya dan anda pastinya mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata laluan terutamanya jika berada di luar negara.

Namun, sebenarnya anda tidak perlu risau kerana anda boleh menyemak dengan sendiri kata laluan Wi-Fi di kebanyakan lapangan kapal terbang di seluruh dunia. Dengan beberapa langkah ringkas, anda boleh bersenang hati untuk menikmati kemudahan Wi-Fi yang disediakan oleh pihak lapangan kapal terbang di setiap negara.

Menerusi halaman peta di atas, anda hanya perlu mencari lokasi keberadaan anda dan klik pada simbol kapal terbang yang berwarna biru untuk mendapatkan kata laluan Wi-Fi bagi sesebuah lapangan kapal terbang.

Misalnya anda mahu menggunakan kemudahan Wi-Fi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klik sahaja pada simbol kapal terbang KLIA dan segala maklumat akan dipaparkan seperti berikut,

Langkah tersebut tetap sama sekiranya anda ingin menikmati Wi-Fi di lapangan kapal terbang di luar negara. Namun, adalah lebih baik sekiranya anda menyemak kata laluan itu lebih awal sebelum tiba di sesuatu destinasi.

Jadi, anda sudah tidak perlu risau sekiranya terdapat masalah talian internet daripada pelan prabayar anda kerana anda sudah boleh menikmati Wi-Fi yang disediakan oleh pihak lapangan kapal terbang.

Sumber: Google MyMaps

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra