Siakap Keli
Gambar : Reddit/Daily Mail

Jijik, Wanita Kongsi ‘Tips’ Guna Cerek Hotel Rendam Dan Cuci Seluar Dalam Tercemar Darah Haid

Jijik dan meloyakan. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai perbuatan seorang wanita yang menginap di sebuah hotel baru-baru ini.

Wanita itu dilaporkan telah menggunakan cerek eletrik yang disediakan di dalam bilik hotel bagi merendam dan membasuh pakaian dalamnya yang terkena darah haid sehingga air di dalamnya bertukar menjadi keruh.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Australia atau New Zealand berdasarkan soket eletrik yang digunakan.

Perkara itu terbongkar apabila pelaku sendiri telah berkongsi tips di media sosialnya tentang bagaimana membersihkan pakaian dalam dengan mudah dan cepat ketika bercuti.

Melalui foto yang dimuatnaik, dia menjelaskan bahawa ketika bercuti tempoh hari dia ‘datang bulan’ secara tiba-tiba menyebabkan idea itu muncul.

“Menginap di hotel, tapi ‘datang bulan’ tiba-tiba.”

“Aku lupa membawa tuala wanita, jadi cara terbaik adalah mencucinya dengan cepat.”

“Gunakan cerek di hotel!”

“Cepat dan bersih,” tulisnya.

Gambar : Reddit/Daily Mail

Gambar itu telah mencetuskan kemarahan ramai netizen di media sosial yang merasa jijik dan loya akan tindakan wanita tersebut.

“Wow itu hal paling menjijikkan yang pernah aku lihat.” 

“Cuci saja dengan sabun di bilik mandi, susah sangat ke?”

“Wanita itu harus di-banned dari semua hotel sepanjang hidupnya!”

Ada pula netizen yang tidak mahu lagi menggunakan cerek yang disediakan di hotel setelah melihat foto itu.

“Selepas ini, kalau pergi bercuti saya tak mahu lagi menyentuh cerek yang ada di hotel,” tulis pengguna.

Sumber : Tribun News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra