Siakap Keli
Gambar: Riajati Sdn Bhd

Rancang Malam Minggu Anda, Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia dan luar Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan lapan kawasan utama yang terlibat ialah Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 7 malam ini ialah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang (Selangor), (WP Kuala Lumpur), (WP Putrajaya), Seremban (Negeri Sembilan).

Manakala, bagi kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 9 malam ini pula ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan (Pahang), Hulu Selangor (Selangor), Kulai dan Johor Bahru (Johor), Miri dan Limbang (Sarawak), Pedalaman )Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Sabah).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pulang daripada kerja pada petang ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra