Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Kematian Bayi Usia 19 Hari Tiada Unsur Jenayah

Kota Bharu : Kematian seorang bayi yang berusia 19 hari yang dilaporkan di sini semalam tidak mempunyai sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud hari ini.

Oleh itu, katanya  polis mengklasifikasikan kematian bayi  itu, Mohd Al Amin Rafael  Mohd Rosli  pada  9.30 malam tadi sebagai mati mengejut.

Beliau berkata ini berdasarkan laporan bedah siasat  unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab ll yang mengesahkan bahawa kematian bayi berkenaan adalah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sementara itu ibu bayi berkenaan  Nuriah Mansor, 41, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Bongor Hulu dekat Melor, di sini, berkata beliau menemui bayinya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah selesai menyusukannya dan menambah bahawa bayinya itu dilahirkan tidak cukup bulan.

Beliau berkata suaminya Mohd Rosli Deraman kemudian  menghubungi pihak hospital dan sebaik doktor tiba pada pukul 9.45 malam bayinya disahkan sudah meninggal dunia dan dibawa ke HRPZ II.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.