Siakap Keli
Gambar Hiasan

”Pukul 5 Pagi Dia Dah Tersandar Kat Kerusi Tak Bernafas,” Gadis Kongsi Kawan Temui Ajal Kerana Tak Cukup Tidur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidur atau rehat yang cukup penting bagi tubuh badan. Orang dewasa terutamanya perlu tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari supaya tubuh dapat berehat. Mengikut kajian mengenai tidur, semakin kurang tidur seseorang itu semakin singkat jangka hayat hidupnya.

Ini kerana tidak cukup atau kekurangan tidur akan menyebabkan beberapa permasalahan dan keburukan terhadap otak serta tubuh manusia hingga boleh menyebabkan kematian. Salah satunya, seperti kejadian sebenar yang dikongsikan oleh seorang gadis mengenai rakannya yang menemui ajal kerana meninggal dunia secara mengejut.

Mangsa ditemui sudah tidak sedarkan diri di atas kerusi pada jam 5 pagi setelah bermain permainan game sehingga jam 3 pagi sebelum itu. Bukan bermakna permainan game menjadi puncanya, namun pengaturan waktu untuk berehat dengan cukup adalah penting agar tubuh berada dalam keadaan baik.

Senior saya atas saya setahun, tahun lepas main pubg sampai pukul 3 pagi. Pukul 5 pagi keluarga tengok dia tersandar kaku kat kerusi dah tak bernafas. Mati mengejut.

Gambar sekadar hiasan

Adding to that, last year he was only 19 years old. Forever 19 years old. Yup i could not believe too but thats the truth.

Berlaku pada 30 April 2018

Seorang night person

Kematian secara tiba-tiba disebabkan tidak mendapatkan tidur yang cukup atau kerja secara berlebihan

Sementara itu, perkongsian ini mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya merasa takut akan nasib yang menimpa mereka sekiranya terus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Moga dapat membawa kesedaran kepada semua supaya jangan mengambil mudah mengenai soal tidur kerana perbuatan memejamkan mata untuk tujuan berehat terutama pada waktu malam amat penting bagi seorang manusia.

Organ perlukan rehat di antara 11 malam – 2 pagi

Saya main game 7 jam semalam nasib tak mati

Sumber : lithium_sodiumw

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen