Siakap Keli
Gambar Hiasan

60,000 Pemilik Akaun Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Bermula Pagi Selasa Ini

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa seramai 60,000 pemilik akaun di Kuantan bakal mengalami gangguan bekalan air bermula 8 pagi, Selasa sehingga 7 pagi, Rabu.

Menurut kenyataan tersebut, gangguan berkenaan berlaku ekoran kerja-kerja pengalihan paip jenis keluli lembut baharu bersaiz 1000mm yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di projek jalan masuk baru PSDC Daerah Kuantan.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan notis gangguan yang dikeluarkan teramsuklah Indera Mahkota 1,2 dan 3, Taman Shahzan, Pantai Selamat, Kampung Tiram dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Senarai penuh kawasan terjejas boleh disemak dibawah.

Justeru, para pengguna dinasihat untuk menyimpan air secukupnya sebagai persedian bagi menghadapi masalah gangguan air tersebut.

Sumber: PAIP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.