Siakap Keli

ISIS Didakwa Akui Menjadi Dalang Letupan Bom Di Majlis Perkahwinan Di Afghanistan

Kumpulan militan ISIS mendakwa, sebagai dalang di sebalik bom bunuh diri yang berlaku di majlis perkahwinan di Afghanistan dan telah mengorbankan 63 orang pada Ahad lalu (18 Ogos).

ISIS dialporkan telah mengeluarkan tuntutan ini melalui pesanan Telegram. Mereka menyatakan bahawa ISIS berjaya menyisip di majlis resepsi di Kabul dan meledakkan bom.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Nasrat Rahimi memberitahu, letupan berlaku sekitar 9:40 waktu tempatan.

Seorang saksi, Mohammad Farhag, berada di kawasan wanita semasa ledakan berlaku. Dia mengaku bahawa mendengar ledakan itu dari arah kawasan lelaki.

Jurucakap kerajaan Afghanistan, Feroz Bashari, berkata letupan itu menunjukkan bahawa pengganas tidak mahu melihat rakyat Afghanistan menyatakan kebahagiaan mereka.

Hal tersebut juga dipersetujui oleh Ahmad Khan, salah seorang rakyat Afghanistan yang mengebumikan saudara-saudaranya yang menjadi mangsa ledakan bom tersebut.

“Kami mahukan perdamaian dan bukan serangan bunuh diri seperti ini.” beritahunya pada AFP.

Serangan ini berlaku apabila kerajaan mengadakan rundingan damai dengan Taliban melalui campur tangan Amerika Syarikat.

Beberapa pihak menuduh bahawa Taliban sebagai pihak yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Proses perdamaian pun sempat dipersoalkan.

Namun, Taliban menegaskan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa tentang letupan itu. Mereka juga menjawab bahawa mereka masih komited dalam perundingan damai.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)