Siakap Keli
Thai Rath

Kanak-Kanak ‘Dikerah’ Berbaris Sebelum Ditembak Mati Ayah Alami Kemurungan

Seorang ayah didakwa menembak dua orang anak dengan salah seorang anaknya berusia 3 tahun maut manakala seorang lagi berusia 2 tahun cedera parah sebelum membunuh diri, dalam kejadian berlaku di Thailand pada Ahad.

Anaknya yang cedera parah ketika ini dilaporkan berada dalam pemantauan petugas perubatan di Hospital Chiang Mai.

Sebelum itu menurut laporan media antarabangsa, suspek yang berusia 27 tahun dikata meminta kedua-dua anaknya untuk berbaris terlebih dahulu sebelum melepaskan tembakan, dipercayai menggunakan shotgun.

Media turut menyebut bahawa suspek sedang mengalami masalah kemurungan selepas bercerai dan ditinggalkan oleh isterinya yang kemudiannya berkahwin dengan lelaki lain.

Sumber: Nation Thailand

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.