Siakap Keli

(Video)Hanya Beberapa Inci, Tular Rakaman Lelaki Berpayung Dalam Hujan Nyaris Dipanah Petir

Seorang guru di Amerika Syarikat melalui detik-detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya apabila hampir menjadi mangsa panahan petir ketika sedang melintas di dalam hujan menuju ke keretanya.

Dalam video yang menjadi tular di media sosial, Romulus McNeill dilihat sedang menggunakan payung melalui kawasan lapang sebelum berlaku panahan petir dalam jarak beberapa inci sahaja dari kedudukannya.

Mungkin terkejut dengan kejadian yang tak disangka-sangka itu, McNeill kemudian dilihat mencampakan payung ke atas tanah sebelum segera beredar.

”Saya terasa kejutan itu. Gila untuk perkara seperti itu boleh berlaku. Ketika itu, saya mahu beredar dan pulang ke rumah untuk menikmati makan malam,” katanya.

Video rakaman kejadian berkenaan turut dimuat naik ke laman facebooknya.

Sumber: WMBF News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.