Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kemalangan Roller Coaster di Maryland, 5 Mangsa Dikejarkan Ke Hospital

Empat kanak-kanak dan seorang dewasa dikejarkan ke hospital akibat menaiki roller coaster yang gagal diberhentikan.

Memetik Salisbury Daily Times, kemalangan tersebut berlaku pada Jumaat lepas (16 Ogos) di Taman Permainan Jolly Roger di Ocean City, Maryland.

“Pengawal keselamatan melihat bahawa salah satu roller coaster tidak berhenti walaupun itu sebenarnya sudah selesai dimainkan. Kereta itu terus bergerak hingga melanggar kereta lain yang sedang aktif dan berpenumpang.” jelas Timbalan Pengurus Komunikasi Pejabat Polis Ocean City, Ashley Miller.

Kesemua mangsa kini sedang dirawat di Atlantic General Hospital.

Miller menambah bahawa juruteknik dan bomba segera mendapatkan roller coaster yang telah hilang kawalan itu pada pukul 8: 20 waktu tempatan.

Pihak Jolly Roger Amusement Park belum memberi ulasan mengenai kejadian.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.