Siakap Keli

”Abang Pilih Dua-Dua”, Tak Mahu Kecewakan Mana-Mana ‘Pacar’, Pemuda Pilih Nikahi Dua Orang Kekasih Serentak

Seorang lelali dilaporkan nekad untuk menikahi kedua-dua orang kekasihnya serentak pada hari yang sama kerana tidak sanggup melukakan hati salah seorang daripada mereka, di Kalimantan Barat, Indonesia baru-baru ini.

Dalam video pernikahan yang menjadi tular di media sosial, lelaki berkenaan dikatakan telah membayar mas kahwin sebanyak Rp 10 ribu (RM 2.90).

”Saya tidak sanggup melihat salah seorang daripada mereka terluka. Jadi saya ambil keputusan untuk menikahi kedua-duanya sekali,” kata pemuda berkenaan seperti dilaporkan oleh @makassar_iinfo.

Portal yang sama turut menyebut bahawa majlis perkahwinan itu telah berlangsung di Dusun Pangkalan Padang, Desa Airtarap, Kecamatan Kendawangan, Kabupaten Ketapang.

Berdasarkan video yang mendapat perhatian warga maya negara jiran, pemuda berkenaan di hari pernikahannya mengenakan baju berwarna putih dan bersongkok manakala dua orang isterinya pula mengenakan pakaian berwarna hitam dengan tudung berwarna merah.

Tidak dapat dipastikan sama ada perkahwinan tersebut berlangsung di masjid atau dirumahnya namun dapat dilihat majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran tetamu, dipercayai penduduk kampung dan sanak-saudaranya.

Sumber: Komaps.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.