Siakap Keli

“Jalan Terus”, Utusan Dan Kosmo Teruskan Operasi Walau Hadapi Kekangan Kewangan

Kuala Lumpur, 20 Ogos – Utusan Melayu (Malaysia) Berhad mengumumkan akan meneruskan operasi percetakan akhbar seperti biasa.

Syarikat berkenaan menghadapi tekanan kewangan yang teruk setelah didakwa tidak mampu membayar gaji pekerja selama sekurang-kurangnya dua bulan.

Semalam, media tempatan melaporkan bahawa syarikat tersebut akan berhenti beroperasi pada Rabu ini akibat masalah kewangan yang dihadapi.

Berita tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada rakyat dan penggiat seni tanah air yang rata-rata bersedih menerima khabar tersebut.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Mohd Taufek Abdul Razak semalam berkata semalam, pekerja akan dimaklumkan dengan penutupan Utusan jika tiada jalan penyelesaian pembayaran gaji tertunggak pekerja dalam masa terdekat ini berdasarkan perbincangan dengan Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir dengan Pengerusi

“Kami diberitahu kalau tiada jalan penyelesaian, Utusan akan ditutup namun Abd Aziz tidak menyatakan tarikh sebenar tentang perkara itu. Kami mendapat tahu akan ditutup pada Rabu hanya dengar cakap daripada rakan sejawatan.

“Saya juga tidak mendapat perkembangan mengenai mesyuarat Lembaga Pengarah Utusan pada petang tadi, kami cuma dimaklumkan satu taklimat bersama Pengerusi Eksekutif (Abd Aziz) akan diadakan pada 4 petang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Gerakan tabung kilat dikumpul oleh rakan-rakan media dan penggiat seni serta ahli politik bagi membantu pekerja syarikat tersebut meneruskan kehidupan setelah menghadapi krisis kewangan.

Hasil perbincangan, Abd Aziz memberitahu syarikat tersebut akan terus beroperasi seperti biasa.

“Abd Aziz memberitahu, Utusan memang tidak ada duit bayar gaji untuk yang tertunggak dan pada masa-masa akan datang dan syarikat itu juga gagal melupuskan aset yang ada,” katanya.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.