Siakap Keli
Gambar: Seehua news

Patah Balik Nak Cari Selipar, Tapi Terjumpa Jasad Kekasih Yang Sudah Tidak Bernyawa

Kisah seorang lelaki yang mengejar kekasihnya dan akhirnya ditemukan meninggal dunia di pasar Sibu, Sarawak. Dinyatakan pasangan tersebut sempat bertengkar sebelumnya.

Lelaki tersebut berusia 35 tahun, Yung Fei Kong diakui sempat bertengkar dengan kekasih yang berusia 27 tahun. Kerana marah dengan Yung, wanita tersebut pergi meninggalkan kekasihnya.

Wanita sempat melihat Yung cuba mengejarnya. Tapi akibat kelelahan, dia berhenti.

Wanita tetap mengabaikan kekasihnya dan terus pulang ke rumah.

Wanita itu juga mengakui bahawa Yung mengirim mesej kepadanya memberitahu bahawa, dia sangat penat dan merasa mahu pengsan. Namun, wanita tersebut tetap mengabaikan mesej itu kerana menganggap perkara itu biasa.

Kemudian wanita tersebut kembali ke pasar dengan tujuan untuk mencari seliparnya yang tidak sengaja terlepas semasa bertengkar dengan kekasih. Namun, bukan selipar yang ditemukan, malah sekujur tubuh kekasih yang sudah terbaring kaku.

Penduduk tempatan segera menghubungi pihak polis dan juga ambulan.

Namun, semuanya sudah terlambat kerana Yung dinyatakan sudah meninggal dunia. Wanita yang tidak dapat menerima kenyataan, menangis dan meraung meminta pertolongan agar kekasihnya dapat diselamatkan.

Dinyatakan wanita itu meninggalkan kekasihnya pada jam 8 pagi dan selang satu jam, Yung ditemukan sudah tidak bernyawa.

Yung kini berada di Hospital Sibu untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Sumber: Tribunnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)