Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto: Google)

Pesanan ‘Deep’ Untuk Remaja Yang Ada Niat Nak Kahwin Usia Muda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkahwinan muda yang diimpikan oleh sesetengah remaja tidak salah jika mengikut agama tetapi ianya bukanlah satu trend yang perlu diikuti oleh semua golongan remaja.

Perlu diingatkan bahawa sebuah perkahwinan bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan keputusan yang paling besar perlu dilakukan oleh seseorang. Perkahwinan juga akan mengubah kehidupan anda selamanya.

Secara zahirnya memang nampak mudah tapi jika kita tidak menjalankan tanggungjawab yang betul sebagai suami isteri mungkin akan mengundang kesukaran.

Perkara ini juga telah dikupas oleh seorang jururawat iaitu Bel Nawhen di laman Facebooknya sebagai satu nasihat untuk para gadis di luar sana.

Sebantal dengan pasangan bukanlah satu perkara indah yang perlu menjadi igauan. Terkadang bantal itu dihinggapi hama, perlu dijemur dan sarungnya perlu ditukar.

Berkeringat seperti bermain futsal tidaklah berderai-derai peluh hingga tak sempat mengering. Peluh dalam sesuatu hubungan bukanlah hanya setakat berkongsi bantal. Nikmat tu rasa sekejap cuma, nak meneruskan kehidupan itu sebenarnya yang perlu dititik beratkan.

Berjuang demi benih kental agar lahir buah hati yang berakal bukan setakat menyumbang benih untuk disenyawakan tetapi juga memastikan benih terhasil kelak menyejukkan perut ibu yang telah melahirkan. Belum lagi alahan yang akan dihadapi, rasa sakit sana sini saat hamil dan kontraksi yang ibarat nyawa sudah dihujung tanduk.

Mengertilah kalian adik-adik, mengimpikan nikmat memang seperti kisah dogeng, tapi mensyukuri nikmat itu amat sukar untuk dicapai terutama diusia muda.

Untuk yang sudah berkahwin pada usia muda, janganlah terasa hati. Kebahagiaan seseorang itu terletak pada diri masing-masing. Cuma ingatlah bahawa bahagianya susah nak jumpa tetapi peritnya susah untuk elak.

Sumber: Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)