Siakap Keli

Bukan Saja-Saja Ada Lubang Kecil Dekat ‘Mangga’ Ni, Ternyata Ini Fungsinya

Kunci digunakan bagi tujuan keselamatan pada kenderaan dan pintu rumah. Walaupun pintu sudah dibina bersama kuncinya sendiri, namun kebanyakan orang akan menggunakan kunci tambahan seperti padlock atau lebih dikenali sebagai kunci mangga. Penggunaan kunci ini adalah bertujuan untuk menggandakan elemen keselamatan pada bahagian berkenaan.

Gambar: Storage.co.uk

Bagi yang pernah menggunakan kunci jenis ini, anda pasti menyedari terdapat lubang kecil pada bahagian bawah kunci itu.

Apakah fungsinya?

Ruang untuk kotoran dan air

Kunci jenis ini kebiasaannya akan dipasang pada bahagian terbuka terutamanya di luar rumah. Disebabkan itu, kunci ini terdedah kepada kekotoran dan air hujan yang boleh menyebabkan kerosakan seperti berkarat. Oleh itu, lubang kecil yang terdapat di bawah kunci tersebut berfungsi untuk mengalirkan air daripada bahagian dalam kunci supaya ianya tidak membeku dan terus merosakkan alat keselamatan itu.

Gambar: pbase.com

Ruang untuk minyak pelincir

Sekiranya kunci anda mengalami kesukaran untuk membukanya, sudah pasti terdapat bahagian yang berkarat sehingga boleh membuatkan pergerakan kunci tersebut terbatas. Bagi mengatasi masalah ini, anda cuma perlu menuangkan minyak pelincir pada belah bawah kunci.

Gambar: rizallandskap.blogspot.comSumber: beingindian.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra