Siakap Keli
Gambar: NZ Herald

Ditegur Dah Makin Gemuk, Wanita Didakwa Tikam Kekasih Sampai Mati

Hanya kerana terasa diri dimalukan, seorang wanita di China didakwa telah menikam teman lelakinya sampai mati. Kejadian itu dikatakan berlaku di Zhumadian, China.

Pada mulanya, pasangan terbabit keluar bersama. Namun ketika wanita itu hendak membeli ais-krim, teman lelakinya menghalang dengan mengatakan bahawa berat badan wanita itu sudah berlebihan.

Menurut polis, wanita berkenaan dikatakan bertengkar dengan teman lelakinya sebelum dia menikam lelaki itu dengan sebilah gunting. Pasangan terbabit dipercayai baru menjalinkan hubungan.

Dilaporkan wanita terbabit membeli gunting berkenaan apabila mangsa mula mengejek tentang berat badannya. Malah rakaman CCTV memaparkan wanita itu hanya berdiri kaku disebelah teman lelakinya setelah menikamnya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun gagal untuk diselamatkan. Buat masa ini, wanita itu telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: NZ Herald

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.