Siakap Keli
Foto: Instagram

Famous 2 Famous Kembali Buat Musim Keempat, Timbalan Menteri Antara Personaliti Terlibat

Rancangan bual bicara santi dan masakan Famous 2 Famous terbitan Bernama News Channel kini kembali untuk musim ke-empat dengan tetamu jemputan yang lebih hebat.

Antara yang selebriti dan personaliti yang terlibat pada musim ini ialah Fahrin Ahmad, Saiful Apek, Syamel, Elly Mazlein, Cassidy La Crème, Atilia Haron, Ghaz Abu Bakar, Misha Omar, Amber Chia, Sangeeta Krishnasamy serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita & Masyarakat, YB Hannah Yeoh.

Ketika ditanya mengenai kriteria pemilihan tetamu yang menyertai rancangan ini, penerbit memberitahu bahawa mereka memilih personaliti yang berjaya dalam bidang yang mereka sertai.

“Rancangan ini bukan hanya fokus kepada memasak, tapi ia turut akan membongkar perkara-perkara yang tidak diketahui oleh masyarakat mengenai personaliti yang terlibat,” jelas mereka.

Famous 2 Famous musim baharu ini telah dilancarkan dalam satu sidang media yang diadakan pada 15 Ogos di Berjaya Times Square Hotel.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Pengarah Urusan Berjaya Times Square Hotel, Pengarah Urusan EHH Food Industry Sdn Bhd serta wakil dari FujiFilm, Mis Claire, Charmed by Marsya dan Papilon Hijab selaku penaja.

Rancangan 13 episod ini telah pun mula disiarkan bermula 3 Ogos yang lalu di saluran Bernama News Channel Astro 502, unifiTV 631, MYTV121, iflix serta secara langsung di YouTube Bernama News Channel.

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi