Siakap Keli
Kredit: Asia Wire

Lagi Kejadian Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Akibat Guna Telefon Tengah Caj

Nanchang, China- Seorang remaja lelaki maut setelah direnjat elektrik ketika menggunakan telefon pintarnya sambil mengecas di salah sebuah restoran makanan segera di sini Jumaat lalu.

Liu, 13 disahkan meninggal dunia setelah dua jam dirawat di hospital setelah tidak sedarkan diri akibat renjatan elektrik di restoran berkenaan.

Rakaman CCTV menunjukkan Liu bersama seorang rakannya duduk di sebuah meja. Mangsa yang memakai baju berwarna hijau dilihat memegang telefon pintar yang sedang dicas melalui sambungan soket pada dinding berhampirannya.

Beberapa saat kemudian, remaja berkenaan jatuh dan terus kaku akibat renjatan dipercayai daripada telefon tersebut.

Rakan Liu mendekati mangsa yang tersandar pada kerusi dalam keadaan masih memegang telefon untuk memeriksa keadaannya. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh rakan dan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Berikutan itu, hospital mengesahkan mangsa maut akibat renjatan elektrik. Menurut kakak mangsa, tanda terbakar dapat dilihat pada wajah dan badan Liu.

Soket yang digunakan Liu. (Kredit: Asia Wire)

Dia berpendapat soket bekalan kuasa di restoran berkenaan merupakan punca insiden tersebut berlaku. Hal ini kerana menurutnya, kabel yang digunakan untuk mengecas itu masih boleh digunakan seperti biasa setelah tragedi berkenaan.

Kes sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan manakala restoran tersebut ditutup dua hari sejak kejadian. Menurut Daily Mail, soket yang digunakan Liu telah ditutup oleh pengurus restoran berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.