Siakap Keli
Gambar: Alin Gatie

“Mana Yang Bawa Bayi, Dia Sedekah Duit” Gadis Buka Kisah Pertemuan Istimewa Dengan Nenek Pemurah Di Klinik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Generasi warga emas sering dikaitkan dengan budi bahasa dan keprihatinan yang tinggi pada jiran tetangga. Sifat bantu-membantu dan saling menyayangi yang subur dalam kalangan generasi tersebut harus dijadikan iktibar buat kita.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Alin Gatie berkongsi pengalamannya bertemu seorang nenek di Klinik Kesihatan Batu Pahat.

Menurutnya, nenek bertudung merah tersebut menghulurkan wang kepada hampir setiap orang yang membawa bayi ke klinik berkenaan.

“Hai semua, saya cuma nak minta korang doakan makcik yang pakai tudung merah tu supaya dimurahkan rezeki, hampir setiap orang yang bawa baby dia bagi sedekah,” kata Alin.

Menurutnya lagi, nenek tersebut turut memberinya wang untuk digunakan dalam pelajaran.

“Nah, bagi kat baby, semoga jadi anak soleh/solehah.”

“Nenek tu memang selalu bagi nasihat dan bagi duit”

Menurut beberapa individu yang mengenali nenek itu, dia sememangnya seorang yang murah hati dan sering memberi duit kepada orang lain.

“Memberi itu memberi kebahagiaan kepadanya..”

“Kalau korang rasa dalam dunia ni tak ada orang baik, percayalah masih ada lagi yang baik hati walaupun sedikit.”

Sumber: Alin Gatie

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.