Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto: Nurrul Mohd Noor)

Paip Air Luar Rumah Tiba-Tiba Terbuka, Mungkin Ini Taktik Terbaru Nak Rompak Rumah Orang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pencuri kini kian aktif bahkan lebih kreatif apabila menggunakan pelbagai taktik untuk melekakan tuan rumah. Taktik yang digunakan tidak pernah terfikir oleh orang sekeliling supaya mereka ini mudah untuk masuk ke rumah dan mencuri.

Seorang penduduk di Perlis, Nurul Mohd Noor berkongsi cerita di laman Facebooknya dia mendakwa taktik pencuri yang dianggap ‘luar’ biasa apabila membuka paip di halaman luar di rumahnya pada tengah malam supaya penghuni rumah keluar untuk melihat ‘keadaan’ diluar.

Katanya, sejak kebelakangan ini sekitar tempatnya ada beberapa kes kecurian tetapi tidak sangka pada hari itu, berlaku di rumahnya.

Peringatan untuk semua, janganlah berani keluar untuk tutup air jika tetiba air paip diluar terbuka.

Menurut penghuni rumah ini, keadaan paip air sebelum itu ada getah paip tapi taktik pencuri membuka getah tersebut dan membiarkan air berlimpahan.

Katanya lagi, mereka menjumpai dua puntung rokok di bahagian belakang rumahnya. dia mendakwa ini mungkin kerja si pencuri.

Jadi,diingatkan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dan lebih perihatin dengan keadaan sekeliling kawasan rumah anda kerana malang tidak berbau.

Sumber: Nurrul Mohd Noor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)