Siakap Keli
Gambar: Zaid Harithah

“Rupanya Sehari Sebelum Kami Sampai Pelantar, Ada Kebocoran Minyak Mentah” Pemuda Kongsi Pentingnya Fahami Konteks Demi Keselamatan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Amat penting bagi kita untuk menyemak kesahihan dan memahami konteks sesuatu berita sebelum ‘menelan’ setiap apa yang ‘terhidang’ di media sosial.

Jika kita terlalu mudah percaya setiap apa yang dibaca, dikhuatiri ianya akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan masyarakat jika disebarkan.

Seorang pengguna Facebook yang bekerja di pelantar minyak, Zaid Harithah Mohd Badry berkongsi pengalamannya menghadapi situasi bahaya ketika di pelantar kerana tidak melaporkan sesuatu dalam konteks. Berikut adalah perkongsiannya.

1. Dalam industri oil & gas ni, ada satu budaya kena tulis laporan/pemerhatian bagi setiap perkara yang tidak selamat. Mudah je nak isi. Kad disediakan dan tak besar mana pun. Ada yang panggil sebagai ‘U See U Act Card (UCUA)’, ‘Hazard Observation Card’, ‘Accident Control Technique Card’ dan macam-macam lagi.

2. Sehari setiap sorang kena tulis satu kad. Sebab dah sibuk dengan kerja, saya pernah tulis ala kadar saja seperti ‘permukaan licin’, ‘kawasan kerja sibuk’, ‘mabuk laut semasa menaiki bot’, ‘hari yang panas’ dan macam-macam lagi. Memang tak terang apa pun sebab dah jadi rutin.

3. Sekali saya dapat teguran dari Safety Manager. Dia tanya, ‘pasaipa hang tulis simple sangat ni? Hang kena cerita pasaipa tempat kerja licin, apa keadaan ketika itu, etc. Hang kena tulis dalam konteks’. Aku pun Google maksud ‘context’; ohhhh paham lah saya dia nak apa. Kemudian saya tulis semula kad-kad yang telah dihantar dan ditulis dalam konteks.

4. Permukaan licin: Apabila kami tiba di ‘unmanned platform’, kami mendapati bahawa permukaan tempat kerja kami adalah licin dengan sisa-sisa minyak. Tidak pasti minyak jenis apa tetapi ia melekit seperti chewing gum (sticky).

Langkah yang diambil ialah membersihkan kawasan tempat kerja agar tidak berlaku kejadian seperti ‘slip, trip and fall’. Saya pun hantar semula kad tersebut kepada pengurus tadi.

5. Selang beberapa hari, Safety Manager tu pergi call operator tersebut dan tanya pasal kad saya ni. Rupa-rupanya sehari sebelum kami sampai pelantar tersebut, ada berlaku kebocoran minyak mentah (crude oil). Ada percikan besar yang mengakibatkan seluruh pelantar tersebut terkena minyak mentah.

Waktu tu baru saya tau yang ini dah bukan kes kecil yang mengakibatkan ‘slip, trip and fall’ saja. Bayangkan aku pi sana siap kesat-kesat minyak tu guna boot saja, sebab dia melekit. Kalau lah…

6. Kemudian aku ubah satu lagi UCUA berkaitan ‘mabuk laut’: Sekalipun ombak melebihi 2 meter, bot kru tetap berangkat dari pelabuhan menuju ke pelantar minyak selama 5 jam. Apabila tiba di destinasi, bot tidak mampu mendekati pelantar kerana ombak tinggi dan angin kencang.

Kemudian bot terpaksa berpatah balik ke darat dan melalui lagi perjalanan gelora ombak selama 5 jam lagi. Hampir kesemua kru dalam kapal mabuk laut dan muntah-muntah. Perut pula kosong kerana tidak lalu nak makan apa-apa.

7. Kemudian Safety Manager email kepada operator pelantar tersebut, mempersoalkan tindakan mereka yang memberi lampu hijau kepada bot untuk bertolak walaupun sudah diketahui cuaca buruk. Siasat punya siasat, cerita dia lagi panjang dan saya hurai pendek la di sini; bot tak keluar, no money no honey.

Ini dah jadi kes serius, bukan lagi sekadar ‘mabuk laut makanlah pil mabuk’. Keselamatan kru-kru diabaikan dan kami mengalami keletihan (fatigue) yang teruk. 10 jam atas bot bergoyang-goyang, dah balik darat pula esoknya kena naik lagi. Integriti orang yang diberi ‘amanah’ juga dipersoalkan.

8. Begitu lah pentingnya membaca sesuatu perkara dengan konteks. Melihatkan perkembangan negara dibesarkan dengan isu-isu yang orang sekadar baca tajuk saja, saya memperingatkan diri saya dan orang lain tentang tegahan nabi s.a.w. yang telah dipesan sejak 1400 tahun yang lalu:

‘Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta, bila ia menyampaikan setiap berita yang didengarnya’ [H.r. Muslim]

Sumber: Zaid Harithah Mohd Badry

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.