Siakap Keli
Tom Holland is Spider-Man in Columbia Pictures' SPIDER-MAN: ™ FAR FROM HOME.

Sony Dan Disney Gagal Meterai Perjanjian, Tiada Lagi Spiderman Dalam Filem Marvel?

Harini media sosial dipenuhi dengan tanda palang salah satu karakter Marvel yang menjadi kegilaan ramai, Spiderman. Dengan tanda palang #SaveSpiderMan yang memenuhi dinding twitter, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dengan perkhabaran bahawa super hero terbabit bukan lagi sebahagian daripada watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Ura-ura juga hangat membahaskan tentang pelakon Tom Holland yang mungkin tidak akan muncul dalam mana-mana filem terbitan syarikat berkenaan lagi selepas ini.

Tom Hollad yang memegang watak Spiderman

Seperti yang diketahui, watak Spiderman pada mulanya merupakan sebahagian daripada francais terbitan Sony Pictures sebelum Disney melancarkan dunia MCU.

Namun segalanya berubah Sony Pictures dan Disney tidak dapat menamatkan perjanjian untuk meneruskan perkongsian mereka itu. Sudah tentu pengumuman tersebut mendapat reaksi dari masyarakat dunia.

Sumber: Cheatsheet & Sea Ign

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.