Siakap Keli

Suami Orang Mengaku Bujang, Rupanya Boleh Jatuh Hukum Ramai Tak Tahu

Isu pasangan yang sudah berkahwin tetapi berlagak sepert ‘orang bujang’ sudah menjadi seperti perkara biasa. Malah demi menutup segala bentuk kecurangan, seperti contoh ada suami orang yang secara terang-terangan mengaku belum berpunya sedangkan sudah beristeri.

Timbul persoalan, apabila ada yang terkeliru mengenai perkara ini. Adakah pengakuan ‘bujang’ tersebut boleh membawa kepada hukum jatuhnya talak kepada pasangan?

Jangan ambil mudah, bagi merungkai segala persoalan ikuti perkongsian oleh Pencetus Ummau (PU) Azman seperti di bawah.

Talak ada dua jenis

Talak ada dua jenis. Pertama talak dengan lafaz yang jelas.

Contohnya “aku ceraikan kau”. Kedua, talak dengan lafaz yang tak jelas. Contoh, “berambus balik rumah mak kau”.

Talak yang jelas, kalau main-main pun jatuh. Talak yang tak jelas, kalau tak niat cerai maka tak jatuh talak.

Suami orang mengaku bujang termasuk atau tidak sebagai talak tak jelas?

Ulama beza pendapat, kalau suami mengaku bujang, adakah termasuk talak tak jelas atau tak termasuk.

Sebahagian ulama kata, kalau suami berniat talak ketika mengaku bujang, maka jatuh talak.

Sebahagian kata tak jatuh walaupun niat talak.

Kalau suami mengaku bujang dengan niat yang tak menipu contohnya niat bujang tiga, maka tidak ada masalah.

Pesan Cik Man, bila berlaku masalah rumahtangga khususnya berkaitan talak, terus pergi pejabat agama. Kerana urusan perkahwinan adalah urusan yang difailkan dan melibatkan dokumen dan pembuktian, maka mesti diselesaikan dengan cara yang sama.

Berdosa menipu

Walaubagaimanapun, suami mengaku bujang (takder isteri) itu tidak pelik, cuma dia berdosa kalau dia menipu. Yang pelik, suami mengaku dah takder dara.

Sumber : PU Azman

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra