Siakap Keli
Gambar: Independent.ie

Tawan 37 Orang Penumpang Bas Dengan Pistol Palsu, Lelaki Ditembak Mati ‘Sniper’

Kekecohan yang berlaku di dalam sebuah bas yang ditawan oleh seorang lelaki di Rio de Janeiro pada Selasa lalu berjaya dileraikan oleh pihak polis. Ketika kejadian itu, seramai 37 orang yang berada di dalam bas berkenaan diancam nyawa mereka setelah suspek mengugut untuk membakar bas tersebut.

Gambar: Midland Reporter-Telegram

Kejadian itu dilaporkan berlaku seawal pagi di jambatan yang menghubungkan Rio dengan bandar Neteroi. Pada mulanya, lelaki itu menahan 37 orang penumpang bas berkenaan sebelum membebaskan enam daripada mereka.

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menembak lelaki berkenaan ketika dia keluar dari bas untuk melemparkan sebuah beg. Motif utama tindakan lelaki berkenaan tidak dapat dikenal pasti, namun kejadian tersebut telah menggemparkan penduduk setempat.

Gambar: Mouro Pimentel

Menurut salah seorang penumpang, lelaki berkenaan memaklumkan bahawa dia tidak akan menyakiti semua penumpang dan bukannya bertujuan untuk merompak

Dia memberitahu kami dia tidak mahu barang-barang kami, dia tidak mahu menyakiti kami, dia hanya mahu ada di dalam sejarah.

Menurut pihak polis, pada mulanya lelaki itu dilihat membawa senjata berbahaya seperti pisau dan pistol. Namun, setelah disahkan, pistol yang dibawa naik ke atas bas berkenaan didakwa hanya pistol palsu.

Sumber: Time.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra