Siakap Keli

Bawa Anak Korang Main Game Percuma Di Sunway Velocity Mall, Menang Baucer Diskaun Membeli-Belah Dan Hadiah Menarik

Kebiasaannya korang yang mengunjungi ‘shopping mall’ pastinya untuk makan atau membeli barang. Tapi jika kami katakan, ada satu ‘shopping mall’ yang memberikan hadiah baucar diskaun sehingga 90% dengan hanya bermain ‘game’ secara PERCUMA di sana mesti ramai yang rasa teruja untuk pergi.

Tapi bukan itu sahaja, kalau korang ‘shopping’ pula di situ, korang berpeluang lagi untuk menebus pelbagai hadiah menarik sebagai ganjaran untuk korang yang datang dan berbelanja di ‘shopping mall’ tersebut. Fuhh memang berbaloi dan rugi besar jika tak ambil peluang ini.

Bertempat di Sunway Velocity Mall, sepanjang bulan Ogos dan September ini, pihak Sunway Velocity Mall sedang mengadakan kempen ”Raise the Flag” bersempena dengan dua acara istimewa negara iaitu sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

‘Raise the Flag’ & Menang Hadiah

Kalu korang nak tahu, kempen ‘Raise the Flag’ yang berlangsung dari 9 Ogos lalu hingga 16 Sepetember 2019 ini menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti untuk disertai oleh semua pengunjung di Sunway Velocity Mall pada Aras 1, berhadapan dengan butik h&M.

Main Game PERCUMA

Antara game yang terdapat dalam ‘Raise The Flag’ ialah permainan angkasa. Caranya sangat mudah, tanpa apa-apa pembelian di Sunway Velocity Mall, korang hanya perlu datang dan terus main secara PERCUMA bagi mendapat  ‘Crazy 31 Deals.’ Mudah kan?

 ‘Crazy 31 Deals’ merupakan kupon pembelian untuk produk penjagaan kesihatan, pakaian, makanan, kelengkapan rumah serta bermacam lagi lagi yang akan diberikan kepada pengujung yang menang dengan harga serendah RM3.10, RM 31 dan RM131 selepas potongan diskaun sehingga 90%!

Bila lagi nak shopping dengan harga runtuh macam ni, jadi rugi besar kalau korang tak bijak untuk rebut peluang keemasan dari Sunway Velocity Mall!

Berbelanja, Main dan Tebus Hadiah Misteri

Bagi korang yang membeli-belah di Sunway Velocity Mall, korang berpeluang lebih lagi untuk menebus hadiah eksklusif dengan setiap pembelian melalui dua (2) dan empat (4) resit dengan bermain permainan angkasa di dalam ‘Raise the Flag.’

Caranya sangat mudah. Permainan mempunyai dua tahap di mana setiap mata yang korang menang di dalam game tersebut akan menentukan hadiah misteri yang bakal korang dapat.

Tahap pertama, jika korang berbelanja sebanyak RM300, korang perlu bermain game ini dan sekiranya berjaya memperoleh 50 mata ke bawah di dalam game tersebut, korang akan diberikan hadiah misteri. Tetapi jika korang berjaya memperoleh 50 mata ke atas, korang akan mendapat hadiah premium yang pastinya lebih menarik dan bernilai.

Tahap kedua untuk mereka yang berbelanja sehingga RM600. Korang perlu bermain game sama seperti di atas. Cumanya, jika korang memperoleh 80 mata ke bawah, korang akan mendapat hadiah misteri dan lebih daripada 80 mata ke atas akan membawa pulang hadiah premium.

Apa tunggu lagi, jomlah ajak semua kawan-kawan korang shopping kat sini dan tebus sama-sama hadiah menarik di kaunter penebusan di aras 1 berhadapan butik H&M okay? Orang dah bagi peluang untuk dapat hadiah tak kan tak nak pula.

Dapat Token Untuk Bermain Lebih Banyak Game

Sewaktu penebusan, pelanggan yang layak juga akan menerima token untuk bermain ‘claw machine’ di mana korang berpeluang untuk memenangi banyak lagi hadiah menarik seperti PS4, Nintendo Switch, Eye Massager dan banyak lagi, Fuhh, memang terbaiklah.

Sebenarnya banyak lagi promosi-promosi, aktiviti dan hadiah-hadiah best yang boleh menjadi milik korang sekiranya korang ke Sunway Velocity Mall sepanjang bulan Ogos dan September ini.

Bawa satu keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai permainan menarik yang diadakan dan bawa pulang pelbagai hadiah menarik. Rugi kalau tidak turut serta peluang sebegini tidak selalu datang tau!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi, pastikan korang Like Facebook Sunway Velocity Mall. Klik di sini untuk terma dan syarat. Selamat main, menang dan bergembira!

*Tertakluk pada terma dan syarat



Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.