Siakap Keli
Gambar Hiasan

Berang Tak Buka Pintu, Wanita Didakwa Bakar Rumah Kekasih

Seorang wanita di Amerika Syarikat, Tajja Russell, 29 tahun, hampir meragut nyawa orang lain kerana nekad bertindak membakar rumah kekasihnya.

Kejadian itu bermula apabila teman lelaki Russell membuat panggilan telefon kepada Russell dan memintanya untuk datang ke rumah.

Russell kemudian bersetuju dan mendatangi rumah kekasihnya di daerah Woodbury, New Jersey pada jam 4 pagi. Russell tiba di rumah kekasihnya dengan harapan dia disambut dengan baik.

Namun, Russell terpaksa mengetuk pintu rumah kekasihnya berkali-kali dan pada kelapan kali Russell membuat panggilan telefon pada lelaki itu.

Tapi rupanya lelaki tersebut tertidur.

Russell menghantar mesej ringkas dan teks melalui aplikasi WhatsApp untuk menyatakan kemarahannya.

“Saya mahu melihat kamu mati. Wang saya terbuang hanya untuk datang menemui kamu.” Katanya melalui pesanan ringkas.

Russell kemudian bergegas pergi ke stesen minyak dan membeli bahan bakar dan mancis. Russell kembali ke rumah kekasihnya lalu menyimbah bahan bakar serta menyalakan api.

Selepas membakar rumah kekasihnya, Russell kemudian pulang ke rumahnya.

Lelaki tersebut kemudian sedar apabila anjing peliharaannya tidak berhenti menyalak.

Ketika membuka mata, lelaki terkejut melihat api yang sudah merebak, lalu bergegas mencari jalan keluar.

Pintu depan rumahnya sudah terbakar dan lelaki itu terpaksa keluar melalui tingkap. Dia mengalami luka kebakaran tahap dua dan anjingnya berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Rumah lelaki tersebut habis terbakar. Polis yang melakukan siasatan melalui kamera CCTV di kawasan rumah tersebut, mendapati bahawa Russell yang menyebabkan kebakaran itu. Russell kini ditangkap dan didakwa melakukan cubaan membunuh.

Sumber: Independent

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)