Siakap Keli

Bukan Benda Remeh, Ini Kesan Yang Akan Korang Terima Jika Gagal Jelaskan Cukai Petak

Okay, semua orang mesti ada impian nak miliki rumah sendiri kan. Biasanya ramai yang akan pilih untuk beli rumah jenis hakmilik strata macam apartment, pangsapuri, kondominium, flat, townhouse atau rumah dalam skim gated.

Banyak faktor yang sebabkan rumah jenis ini sentiasa menjadi pilihan pertama orang ramai, antaranya kerana ia ada pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, sauna, restoran dan sistem keselamatan yang baik. Lagi satu, harganya lebih rendah berbanding dengan landed-house.

So, dengan kelebihan dari segi lokasi dan infrastruktur, ia tentunya jadi nilai tambah yang mampu menarik ramai pembeli.

Mungkin ada antara korang yang dah tahu tentang sistem Cukai Petak. Ya, Cukai Petak ni adalah cukai yang dikenakan ke atas hakmilik strata bagi menggantikan Cukai Tanah.

Haa, Cukai Petak ni sebenarnya telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula 1 Jun 2018.

Lagi satu, bersempena bulan Syawal lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui MMKN Bilangan 11 Tahun 2019 telah memutuskan untuk mengecualikan denda bayaran cukai petak yang akan dilaksanakan bagi tempoh tiga (3) bulan bermula dari 1 Jun 2019 lepas sehingga 31 Ogos 2019.

Oleh itu, rakyat Negeri Selangor terutamanya pemilik hakmilik strata digesa untuk merebut peluang ini sebelum 31 Ogos 2019 bagi mengelak dari dikenakan denda.

Ia merupakan inisiatif untuk semua rakyat Negeri Selangor selain untuk menggalakkan pembayaran Cukai Petak demi kelangsungan pembangunan negeri secara holistik.

Tapi, masih ramai tak tahu yang sistem Cukai Petak ni banyak bagi manfaat terutamanya bagi bangunan atau kawasan berstrata sebab ia akan beri sikit kebebasan kepada pemilik untuk urusan pembayaran yang sebelum ni hanya bergantung kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Ini Antara Kebaikan Cukai Petak Yang Ramai Tak Tahu:

[1] Memudahkan urusan urusniaga dan pusaka dilaksanakan.

[2] Cukai petak dikenakan secara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, perniagaan dan perusahaan.

[3] Memudahkan pemilik petak membuat bayaran cukai secara terus tanpa melalui perbadanan pengurusan.

[4] Membantu Perbadanan Pengurusan (MC) Dalam Penetapan Caj Penyelenggaran Yang Lebih Tepat Dan Teratur.

Apa Akan Jadi Jika Korang Tak Bayar Cukai Petak

Pemilik harta tanah strata yang tidak membayar cukai petak akan terdedah kepada risiko perampasan harta tanah strata oleh pihak berkuasa.

Ni bukan benda remeh tau. Kalau korang enggan bayar cukai, korang selalunya akan diberikan notis dulu sebelum rumah tu dirampas atau dilelong kepada pembeli lain.

Penting sangat untuk tahu pasal benda ni. Bayangkanlah, dah lama korang bayar ansuran rumah tu, tiba-tiba rumah kena rampas oleh Kerajaan Negeri sebab tak bayar cukai.

Sayangkan?

Jadi tunggu apa lagi, jom jelaskan cukai korang sekarang.

Bayaran cukai korang tu boleh dibuat di:

[1] Pejabat tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

[2] Kaunter Majlis Bandaraja, Majlis perbandaran dan Majlis Daerah.

[3] Melalui cawangan POS Malaysia seluruh negara dan POS Online.

[4] Boleh bayar secara ‘online’. Layari: https://ehasil.selangor.gov.my

Haa, bayaran cukai korang tu perlulah dijelaskan sebelum 31 Mei setiap tahun tau. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati laman web Pejabat Tanah dan Galian Selangor, klik je link ni okay.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.